KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah
AS$1,975 (RM5,925) seaun pada
suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau
berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras
hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan
peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata,
emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan
kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah
iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga
komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata
beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang
Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari
ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari
negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang
ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut
Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah
turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara
itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding
AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi
yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya,
sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong
pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah
berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga
menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak
25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua
tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.
Sumber :
Utusan