Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas
berakhirnya tahun baru cina Isnin lalu, mewujudkan pelbagai
andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya
cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30%
ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran.
Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran.
Presiden Kulit Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama
tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar
Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar
yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika.
Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman
bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan
Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel.
link: http://blogs.ajc.com/jay-bookman-blog/2012/01/20/solution-for-israel-take-out-obama/
Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan
suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz
(Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato
melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi
menyekat hasrat iran, besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di
Asia Barat.
Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas
Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran
untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut
kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal
meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu
bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai
tukaran dengan minyak.
http://www.bullionstreet.com/news/iran-starts-converting-assets-to-gold-to-bypass-sanctions/912
India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran
menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara
lain yang tidak menerima sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya,
permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur.
http://www.digitaljournal.com/article/318404
Rujukan:
http://goldpricenetwork.com/news/economy/961/imf-iran-stops-exports-of-oil-prices-increase-30/
No comments:
Post a Comment