SOAL JAWAB

1. Apa itu Public Gold?

Public Gold adalah syarikat Malaysia yang pertama menjalankan aktiviti pembuatan produk emas (minting), refining (peleburan dan penulenan emas), juga membeli dan menjual produk emas fizikal kepada sesiapa sahaja sebagai pelaburan yang mudah, murah dan selamat. Pelanggan boleh membeli dan menjual emas dimana-mana cawangan Public Gold atau melalui ejen sah yang berhampiran. Produk ketulenan 999.9 untuk wafer emas 20g, 50g, 100g dan 250g serta syiling emas 50g. Manakala ketulenan 916 untuk dinar emas 1 Dinar, 5 Dinar, dan 10 Dinar. Barang kemas dan jongkong perak juga ditawarkan kepada pelanggan.

Dalam erti kata lain, dengan Public Gold, anda beli emas, maka emaslah yang anda dapat – ketulan jongkong dan syiling emas, beserta sijil ketulenan assayer.
Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank atau Public Mutual.

2. Kenapa pilih untuk melabur dalam emas Public Gold?

Emas Public Gold merupakan antara pilihan utama pelanggan untuk membina portfolio pelaburan emas dengan membeli sejumlah kecil emas sedikit demi sedikit dalam satu jangka masa. Maka, kos pelaburan dapat dinilai dengan harga purata emas yang dibeli.

3. Apakah kelebihan memiliki emas Public Gold?

- Mudah membeli dan menjual emas di mana-mana cawangan Public Gold.
- Lebih selamat kerana ia adalah dalam bentuk fizikal, bukan transaksi atas kertas.
- Lebih murah kerana harganya ditambat dengan harga pasaran antarabangsa tanpa apa-apa kos tambahan.
- Pelanggan boleh melabur dalam jumlah yang kecil sesetiap masa seperti 20g atau 1 Dinar.
- Peluang untuk mengaut untung ketika harga emas meningkat.
- Emas adalah kalis inflasi.

4. Bagaimana untuk mendapat pulangan dengan Public Gold?

Emas didagangkan menggunakan matawang USD per ounce, dan Public Gold menukarkannya kepada RM, maka pulangan akan diperolehi sekiranya harga emas meningkat.

5. Bila masa yang terbaik untuk membeli emas?

Masa yang terbaik ialah pada ketika harga emas rendah. Namun, hakikatnya harga emas akan meningkat maka pelanggan boleh membeli emas pada bila-bila masa.

6. Adakah harga emas Public Gold lebih murah dari harga di kedai-kedai emas?

Ya. Harga Public Gold disebut setiap hari mengikut Live Spot Price pasaran antarabangsa dan lebih murah dari kedai-kedai emas.

7. Apakah itu Bullion?

Bullion adalah emas yang dinilai mengikut berat yang spesifik. Tidak seperti syiling yang dibuat untuk tujuan koleksi – pembuatannya adalah terhad, nilainya yang ditentukan oleh usia dan antik – bullion dapat dibeli oleh orang kebanyakan sebagai pelaburan yang mudah. Bullion Public Gold bolehlah merujuk kepada jongkong (250g), wafer (10g, 20g, 50g, 100g), atau syiling (50g dan Dinar).

8. Kenapa melabur dalam bullion? 

Pelaburan emas merupakan salah satu pilihan terbaik dalam perancangan kewangan seseorang. Ramai yang lebih selesa dengan kaedah pelaburan yang mana aset dan nilai harta itu dapat dipegang, disimpan dan diurus sendiri secara peribadi, daripada membiarkannya diurus oleh bank atau broker. Tidak seperti pelaburan kewangan yang lain, harga emas tidak mudah dipengaruhi oleh kesan negatif ekonomi, malah harga emas lebih berprestasi tinggi pada ketika ekonomi tengah gawat. Maka pelaburan emas dapat memberikan keseimbangan dalam portfolio pelaburan. Tidak kira anda pelabur agresif atau tidak, pelaburan emas fizikal boleh menjadi sebahagian aset yang penting. Ada pakar yang mencadangkan 10-15% aset portfolio dilaburkan di dalam precious metal (emas, perak, platinum dsb). 

Setiap pelaburan mempunyai tahap risiko yang tersendiri dan sememangnya perlukan pertahanan yang kukuh dan kebal dari kesan negatif ekonomi, politik dan sosial. Emas fizikal merupakan pelaburan yang paling “liquid”, iaitu mudah untuk dibawa ke mana-mana, mudah untuk disimpan, mudah untuk dijual beli baik di negara tempatan atau di mana-mana negara, dan mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai pada bila-bila masa.

9. Apa yang patut saya beli – jongkong/wafer atau syiling?

Untuk pelabur yang memiliki modal besar dan serius dalam pelaburan emas, jongkong besar lebih sesuai kerana premiumnya yang lebih rendah berbanding jongkong yang lebih kecil saiznya. Namun, kelemahannya ialah agak sukar untuk menjual, seperti contoh, kalau ada 1 kg jongkong dan kita hanya mahu menjual 100g, kita tidak boleh menghiris jongkong tersebut untuk mendapat “hirisan” 100g. Malah, prospek pelanggan juga terhad memandangkan hanya pelabur besar sahaja yang mampu membelinya.
Syiling memiliki ciri-ciri unik kerana ia dihasilkan satu demi satu di kilang pembuatan emas. Harganya juga kompetitif (lebih murah) dan lebih mudah untuk dijual. Sebagai permulaan, kita boleh membeli 1 Dinar (pada ketika artikel ini ditulis, harganya dalam lingkungan RM640).

10. Apa itu Spot Price?

Spot Price adalah harga emas yang dipersetujui di pasaran antarabangsa berdasarkan kepada permintaan dan pengeluaran. Harga ini boleh turun atau naik dalam masa beberapa minit sahaja. Antara website yang menunjukkan Spot Price ialah www.kitco.com. Public Gold menawarkan produk emas mengikut harga Spot Price, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

11. Apa itu Troy Ounce?

Troy ounce ialah unit untuk mengukur precious metals. 1 troy ounce = 31.1 gram.

12. Kenapa saya perlu bayar premium sebagai tambahan kepada harga Spot Price?

Produk emas fizikal seperti jongkong, wafer dan syiling dihasilkan melalui satu proses pembuatan atau “minting”, supaya produk-produk ini boleh didagangkan. Premium kepada Spot Price ialah kos pembuatan tersebut.

13. Apa itu Margin Spread?

Apabila kita membeli emas fizikal, kita membeli pada harga premium (lebih sedikit dari harga live spot price), seperti contoh 6% lebih. Kemudian, apabila kita menjual emas tersebut, kita dapat menjual pada harga yang kurang sedikit dari live spot price, contohnya 1% – maka dari contoh ini, margin spread adalah 7%.

14. Di mana saya boleh menjual emas fizikal saya?

Oleh kerana emas merupakan standard antarabangsa, kita boleh menjual beli di kebanyakan negara di dunia. Public Gold menawarkan kadar pembelian semula yang menarik.

15. Bagaimana untuk membeli produk emas fizikal?

Boleh hubungi saya (ejen), email: fadz_biomedic@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Atau boleh terus walk-in ke mana-mana cawangan Public Gold atau wakalah (wakil penjual) atau hubungi ejen yang berdekatan di seluruh Malaysia.

16. Bila masanya saya perlu membuat bayaran?

Jika membeli dari ejen, bayaran dan penerimaan dibuat secara on-the-spot. Ejen mesti menyerahkan produk beserta sijil ketulenan serta-merta kepada pelanggan pada harga yang dipersetujui setelah bayaran dibuat. Ejen juga mesti menyerahkan resit rasmi Public Gold kepada pelanggan.

Jika membeli secara on-line melalui website Public Gold, dokumen Sales Order akan diemail atau difaks kepada pelanggan. Pembayaran perlu dibuat secepat mungkin ke dalam akaun bank Public Gold (Maybank atau Public Bank), jika pembayaran dilewatkan, pihak Public Gold berhak untuk cancel order.

17. Adakah saya perlu membayar komisen di atas setiap pembelian saya?

Tidak. Sedangkan banyak institusi yang mengenakan komisen kepada pelanggan, Public Gold tidak mengamalkan sebegitu.

18. Apakah bentuk bayaran yang diterima oleh Public Gold?

Sebagai menuruti langkah antarabangsa dalam perdagangan emas, Public Gold menerima bayaran dalam bentuk telegraphic transfer, Internet Banking, dan credit card. Jika melalui ejen, bayaran boleh dibuat juga dengan wang tunai.

19. Bila saya boleh mendapat produk emas yang saya pesan?

Jika beli melalui ejen, produk akan diberi serta-merta. Pastikan dibeli dari ejen yang sah sahaja dengan menghubungi Public Gold untuk mendapat pengesahan. Adalah dinasihatkan, jika ada ejen yang meminta wang pendahuluan tanpa diberi produk, diminta jangan berurus-niaga dengan beliau sama sekali.

Jika beli terus dengan Public Gold, produk boleh diperolehi dalam masa 7 hari bekerja. Juga bergantung kepada jadual penghantaran produk dari ibu pejabat di Penang ke cawangan-cawangan seluruh Malaysia. Dinasihatkan untuk menghubungi cawangan sebelum mengambil produk.

20. Bagaimana cara emas Public Gold dibungkus?

Untuk jongkong dan wafer, ia dibungkus dalam plastik laminated dan kotak plastik manakala syiling dibungkus dalam kotak plastik untuk mengelakkan tercalar atau terkena cap jari. Sijil ketulenan juga disertakan bersama-sama dengan emas tersebut.

21. Adakah Spread Public Gold berterusan pada 5%-6%?

Ya. Jika keadaan politik dan ekonomi dalam suasana normal. Jika berlaku krisis politik, sosial dan ekonomi yang serius yang boleh berlaku peperangan, Spread akan diubah khas untuk menangani keadaan sebegini.

22. Apa itu Assayer?

Assayer ialah penguji ketulenan emas. Public Gold bekerjasama dengan assayer independen (Assay Office Penang Sdn Bhd) untuk mengekalkan tahap dan kualiti ketulenan emas dijaga rapi.