Sunday 13 November 2011

MEMBELI EMAS FIZIKAL DI PUBLIC GOLD

Bila bercakap tentang pelaburan emas fizikal, saya selalu mencadangkan supaya anda membeli syiling emas atau gold bar (Kijang Emas, UOB Bank atau PAMP Suisse). Ini kerana perbezaan antara harga beli dan jual yang rendah membolehkan kita mendapat keuntungan yang lebih tinggi apabila harga emas. Tak seperti pelaburan melalui barang kemas yang akan ditolak antara 15% – 20% dari harga emas semasa.

Namun begitu, rata rata pembaca memberi komen yang syiling Kijang Emas dan gold coin UOB bank selalu sold out. Tak boleh nak beli sebab takde stok… ramai sangat orang beli. Kalau ada stok pun tak boleh nak booking, kena cash on delivery dan siapa cepat dia dapat… itu yang susah sikit tu..
Namun sekarang, masalah itu boleh dikurangkan. Sebab saya dah jumpa satu syarikat yang membuat aktiviti menjual dan membeli emas untuk pelaburan dengan harga menarik dan kualiti 24K. Anda boleh membeli emas kat sini :)



Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd.
Alamatnya:
Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Tel : 04-644 9999
Nama pendeknya ialah Public Gold.

Risalah pelaburan emas Public Gold

Apabila tiba di Public Gold, saya diberikan risalah mengenai peluang pelaburan emas yang ditawarkan oleh syarikat ini.


Risalah tentang pelaburan emas dari Public Gold (klik untuk besarkan)
.

Emas yang dijual

Public Gold menawarkan syiling emas dan gold bar kepada pembeli.
Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saiz  iaitu 50 gram (emas 24K)
Bagi gold bar pula, ia terdapat dalam saiz 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 250 gram (emas 24K)



Syiling emas dan gold bar yang dijual. Klik untuk besarkan
Syiling emas dan gold bar keluaran Public Gold memang cantik, Ini antara gambar-gambar syiling emas dan gold bar Public Gold yang saya ambil:

Syiling emas 50 gram, emas 24k
 
.
Gold bar 20 gram dan 50 gram (24K)
 
.

Gambar gold bar close-up kat tangan :)

.

Gambar belakang gold bar
.

Setiap gold bar ada siri nombor dan certificate.
.

Ujian berat dan ketulenan.

Saya telah meminta agar emas ini diuji menggunakan precious metal tester untuk menguji berat dan ketulenannya… of course la.. nak recommend kat orang kena test dulu betul tak? :)
Untuk timbang berat, ini keputusannya:


Berat gold bar 50gram – timbang dapat 50.01gram
.
Untuk ujian ketulenan pula ini hasilnya:


Keputusan: Gold 24K (999.9)
Namun apa yang lebih menarik ialah harganya…

Harga belian dan jualan.

Anda boleh melihat sendiri harga belian dan jualan emas Public Gold di laman web mereka www.publicgold.com.my
buy_n_sell
Screenshot harga emas di laman web Public Gold

Terdapat kos penghantaran yang perlu ditambah iaitu:
Item
Transportation Cost for West Malaysia (RM)
Transportation Cost for East Malaysia (RM)
Gold Bar 10 grams
10
20
Gold Bar 20 grams
10
20
Gold Bar 50 grams
20
40
Gold Bar 100 grams
30
60
Gold Bar 250 grams
50
100
Gold Coin 50 grams
20
40
Silver Bar 250 grams
20
40
Silver Bar 500 grams
30
60
Silver Bar 1000 grams
30
60
Gold Jewellery Item
20
40

Ok, ini summary saya:

Kebaikan:
1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 dan Kualiti minting yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma -1% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.

Kelemahan:
1. Syarikat nie kat Pulau Pinang, so kalau nak melawat kena ke sana.
2. Saiz emas bermula dengan 10 gram. So mungkin agak tinggi bagi sesetengah orang.

Saya berpendapat, Public Gold menawarkan peluang terbaik untuk membuat pelaburan emas fizikal. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, membeli emas adalah pelaburan terbaik. So, apa tunggu lagi. Mulakan pelaburan emas anda sekarang.

No comments:

Post a Comment