Monday 21 November 2011

SAYA UNTUNG ATAU RUGI ??

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak buat penerangan sedikit tentang untung dan rugi. Saya nak pastikan pembaca-pembaca blog ini betul2 faham adakah anda sudah untung..atau sebaliknya.

Senario 1


Ok, jom kita tengok harga emas dulu2 macam mana.

Harga 1 dinar pada 10 September 2009, iaitu 2 tahun lepas. hanyalah RM496.00
Jom kita tengok harga emas pada 10 September 2011, iaitu selepas 2 tahun.

 

Ok, pada 10 September 2011, harga emas 1 dinar tersebut telah mencecah RM810.00 iaitu kenaikkan sebanyak 60%++ iaitu lebih kurang 30% setahun secara puratanya.

Adakah saya sudah untung??? 

Kalau kita rujuk pada harga PG Buy, public gold akan membuat belian semula iaitu RM761.00 sekeping. So lebih kurang keuntungan saya adalah sebanyak 53%++
Di atas kertas saya dah untung 53%, tapi sudah untung kah saya?? 

Jawapannya: BELUM UNTUNG selagi saya tidak jual emas tersebut.

Kenapa macam tu??? Kan harga emas dah naik??
Selagi emas itu ada ditangan kita, kita tak boleh nak cakap kita dah untung :)
Jom tengok harga emas pada 12 Oktober 2011



Kalau tadi harga emas 1 dinar adalah RM810, dan kita dah untung atas kertas, 53% kalau kita jual emas pada masa tersebut. tapi sekarang (12/10/2011), 1 dinar = RM 765.00 sekeping, kalau nak jual balik PG ambil RM720.00. So keuntungan kita tadi dah jadi 45%++

Tapi adakah kita telah rugi?? atau adakah kita telah untung?? semua tu kita tak boleh nak cakap selagi emas itu ada dalam tangan kita. 

Bila kita dah jual, dan ambil hasilnya baru kita boleh tau sama ada kita dah untung atau dah rugi. Faham kan??

Senario 2


Ok, jom kita tengok situasi kedua pulak..
Katakan saya beli emas pada 10 September 2011, 1 dinar = RM810.00

 
Best kan, dapat pegang emas, dapat rasa aura emas tu..rasa macam nak beli lagi..betul tak?? Beli pada harga RM810 sekeping..tapi lepas 1 bulan tiba2 harga emas jatuh


Alangkah kecewanya bila tengok harga emas jatuh..betul? Tapi jangan risau,sebab kes ni sama macam kes kat atas tadi tu..selagi emas tu ada dalam tangan kita, kita tak boleh cakap kita dah rugi,..atau kita dah untung..sebab kita tak jual lagi :) Betul tak??

Kenapa saya cakap macam tu?

1) Kita dapat lihat dalam situasi yang di atas tadi tu..walaupun pada awalnya nampak macam dah untung 60%++ tapi selagi saya tak jual emas tu, saya masih x untung.

2) harga emas dalam masa yang singkat seperti 1-2 hari, 1-2 minggu, 1-2 bulan memang akan sentiasa berubah2 naik dan turun. tapi secara keseluruhannya, harga emas dalam trend menaik.


 

Kita boleh tengok trend kenaikkan emas bagi tempoh 5 tahun yang lepas. Kadang2 naik..bile dia letih nak panjat dia turun kejap..pastu bila ade tenaga dia naik balik..heheh..tapi secara keseluruhannya untuk jangka panjang, insyaAllah harga emas akan terus naikkkkk.. :)

Kesimpulan
Anda masih belum untung atau anda juga masih belum rugi..selagi emas ditangan anda! :)
Sekian,Wassalam

No comments:

Post a Comment