Tuesday 15 November 2011

HARGA EMAS DI MALAYSIA & DUNIA

Untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
  1. Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
  2. Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?
Jadi untuk posting kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
  1. Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.
  2. Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.
Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnya.
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya:
  • Public Bank GIA
  • Maybank GSPA.
  • Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.
Bagi harga Public Gold, ia berubah setiap 20 minit so dalam tempoh ini pembeli mempunyai masa untuk ‘lock’ harga dengan dealer Public Gold bagi tujuan pembelian.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Harga emas bukan harga kawalan.
  1. Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.
  2. Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html



Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.


Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
  1. Harga emas di dalam USD
  2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.
Mari kita lihat dengan lebih terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.
USD makin lemah, RM semakin kuat.


Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak

Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.
Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)



Graf pada 27 Februari 2011


Anda dapati harga terkini spot gold pada 27 Februari 2011 23:59 waktu New York adalah USD1,409.60. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629


USD to RM pada 27.2.2011

Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1,409.60 USD x RM3.0520) / 31.1 gram
= RM4,302.10 / 31.1 gram
= RM138.33 / gram

Jadi, harga spot gold emas ialah RM138.33 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)


Harga baramg kemas keluaran Public Jewellery yang mengikut harga semasa emasdunia

No comments:

Post a Comment