Sunday 13 November 2011

EMAS VS WANG KERTAS

Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.

1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

Kelemahan wang kertas

1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)

Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.

Contohnya – di Zimbabwe duit tak dikira tapi ditimbang!





Membuat pelaburan emas di Malaysia

Terdapat 2 bentuk pelaburan emas yang terdapat di Malaysia iaitu:
1.Emas fizikal
2.Akaun simpanan emas.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1.  Syiling emas
2.  Jongkong emas
3.  Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:

1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
2. Mudah dibawa
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi iaitu diantara 25 % – 40%.Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.

Tetapi, jika anda hendak memberikan hadiah yang terbaik kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

Tips: Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, anda beli barang kemas dengan ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu permata. Ini kerana yang bernilai adalah emas bukannya batu permata tersebut.

Saya juga menyarankan anda membeli barang kemas yang tumpat/padu. Elakkan barang kemas yang berlubang/kosong (hollow). Ini memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter jika anda ingin menggadaikan barang kemas ini di Ar-Rahnu kelak.

Biasanya mesin densimeter tidak boleh membuat bacaan tepat terhadap barang kemas yang mempunyai batu permata atau kosong.

Emas fizikal: Pilihan terbaik

1. Public Gold Gold Bar ( kebaikan: stock availability, boleh calar, goris, bengkok asalkan berat tak hilang)
2. Syiling Kijang Emas, UOB Gold Coin, Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas Public Gold
3. Akaun simpanan emas – Public Bank dan Maybank

Keuntungan menyimpan emas

1.Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi (harga emas naik 25%-26% setahun dalam jangka panjang)
2.Menyimpan selama mungkin dan memajak apabila memerlukan wang

Keuntungan berniaga emas
 
1.Stok yang naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain.
2.Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah
3.Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas.
4.Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan.
3.Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas

No comments:

Post a Comment