Sunday 13 November 2011

MEMBELI EMAS FIZIKAL DI KEDAI EMAS

Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran di tempat anda. Mudah kan?

Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di kedai berkenaan.



1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan. Kat Melaka  beli emas di Kedai Emas Poh Win, kat Melaka Mall.



Yang bestnyer kat situ ada jual PAMP Suisse gold bar.



2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.

Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual gold bar. Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.


Contoh gold bar terbaik: PAMP Suisse gold bar. Saya recommend gold bar ini untuk tujuan simpanan.
.
Kedai emas Poh Kong ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri.
Namanya Bunga Raya gold bar.


Gambar: Ini adalah gold bar Poh Kong Bunga Raya. Klik untuk besarkan
.
3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.

4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.

5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.

6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%
Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain.

Kebaikan membeli di kedai emas.
1. Kedai emas biasanya senang nak cari dan berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berbeza dengan pembelian syiling emas Kijang Emas yang cuma boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Boleh beli after office hour. Tak seperti membeli emas di bank yang opis hournya dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang, kedai emas kadang-kadang buka sampai pukul 10 malam.
3. Boleh beli pakai emas kat sana pakai kad kredit. So mudah sket kalau takder cash in hand :) kalau nak beli emas kat bank kena pakai cash.
4. Dapat emas fizikal. Boleh pegang. seronok. Boleh gi gadai kalau sesak-sesak nak pakai duit :)
5. kalau pandai tawar menawar, boleh dapat diskaun sket.

Antara Kelemahan beli emas di kedai emas.
1. Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.
2. Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.
Jadi itu sahaja yang saya dapat ceritakan berkenaan belian emas di kedai.
Semoga anda memperolehi manfaat dan akan memulakan simpanan emas anda sekarang.



Nak beli gold bar Public Gold pada harga yg paling rendah mengikut pasaran berbanding kedai emas?
Hubungi saya Dealer  MOHD FADZLY BIN SHAHARUDDIN (PG015425)

Sekian.

No comments:

Post a Comment