Tuesday 13 December 2011

APA YANG ANDA PERLU BUAT BILA HARGA EMAS MENGALAMI PENURUNAN??

Dengar kata harga jatuh banyak dalam bulan DISEMBER ni?eh betul ke? pelaburan emas ni mcm pelaburan lain ke? harga turun dan terus turun ke? alamakk..rugi la saya macam ni??

hmmm..agak2 rugi tak kalau emas jatuh?? Saya pasti dan tersangat yakin, bagi mereka yang masih baru dalam dunia emas ni pasti akan cakap R.U.G.I nyaaaaa emas jatuh..betul tak?? 

Ok..jangan panik..jangan bertindak terburu-buru..jangan runsing..jangan tension..apa yang anda perlu buat ialah :

Ingat!!  
matlamat pelaburan emas ni....
 EMAS adalah pelaburan JANGKA PANJANG !!

ingat kan??.nak melabur dalam emas ni, bermakna kita bersetuju untuk melabur untuk jangka panjang!
Bagi mereka yang nak untung cepat dalam jangka pendek..saya tak nak JANJI emas ni pelaburan yang terbaik untuk anda..tapi bagi mereka yang betul2 faham matlamat pelaburan emas ni..pelaburan jangka panjang, insyaAllah pilihan anda dalam melabur emas ni adalah yang terbaik..sebab ape??

"Gold is Asset is Money"
Emas adalah suatu aset..Aset yang tidak susut nilai..tak macam kereta ke motor ke..tapi Emas adalah aset yang mana nilainya sentiasa meningkat. Jadi, secara tak langsung..bila ada aset yang x susut nilai ni..secara automatik kita dianggap ade DUIT..

Dari mana datang nye duit ni??
 
1. Jualan
Sudah semestinya, kalau dah ade aset, kalau kita nak pakai duit, boleh la kita jual emas kita tu..anytime!
 2. Pajakan
Tapi, kalau jual emas kita tu, rasa sayang pulak..kan emas sentiasa naik harga??iskk sayang la pulak nak jual..jadi, apa yang kita bleh buat ialah dengan pergi pajak emas kita tu..!! kalau kita simpan aset lain? (boleh pajak ke?) hehehehe....camne tu??

Jadi, ape perlu saya buat kalau harga emas tgh rendah?
1. Jangan jual lagi
MATLAMAT kita adalah nak melabur..melabur ni = nak cari untung..betul tak?? jadi, bila harga emas tengah rendah jgn la pi jual pulak..ni bukan pelaburan namanya,..ni namanya peleburan! hehehe
2. Tambah stock
Hish, gile ke ape..?? harga emas tengah jatuh pastu nak suruh tambah stok pulak..?? rugi la camni..harga ema s tengah jatuh kita nak beli..tak nak la beli!!! Haaa..sebab tu ramai org beli time emas mahal..sebab masa rendah diorg tak mau beli…tapi    bila dah naik baru nak beli kan??betul tak? hehe

SEBAB apa orang beli time mahal?..cer teka..cer teka?
1. masa emas tengah murah semua takut nak beli..sebab takut beli barang yg tiada nilai..
2. terlupa emas ni pelaburan jangka panjang..trend emas dalam jangka panjang ...trend menaik!
3. takut bila emas tengah naik harga akan naik dan naik dan naikkkkkkkkkkk….
4. sebab memang sikap orang kita suka menunggu je..nak tunggu harga emas turun balik..tp tak mau nak turun dah..hehe..tapi bila turun taknak pulak beli...heheheh
 
3. Borong
Kalau jatuh harga lagi, borong la…tunggu ape lagi...Hoho

fikir-fikirkanlah

No comments:

Post a Comment